Carian
Razer Blade 18 (2025) Rasmi Dengan Intel Core Ultra 9 275HX Dan RTX 5090
February 26, 2025 Amy Maizuraa

Razer telah memperkenalkan komputer riba terbarunya Blade 18 (2025) yang dilengkapi dengan spesifikasi berprestasi tinggi termasuk CPU Intel Core Ultra 9 275HX dan GPU RTX 5090.

Ia juga menampilkan ciri Dual Mode Display yang boleh berfungsi pada resolusi UHD+ (3840×2400) 240Hz atau FHD+ (1920×1200) 440Hz. Selain itu, ia turut menawarkan ciri tambahan lain seperti masa tindak balas 3ms dan gamut warna DCI-P3 100%.

Komputer riba ini dikatakan mempunyai binaan yang nipis dalam kelasnya dengan ketebalan hanya 21.99mm, menjadikannya pilihan yang ideal bagi mereka yang mencari komputer riba berprestasi tinggi dalam reka bentuk yang mudah dibawa. Blade 18 (2025) turut mempunyai sistem penyejukan dengan kipas yang nipis serta ruang penyejuk wap yang besar.

Ia juga dilengkapi dengan enam pembesar suara yang menyokong THX Spatial Audio, kamera 5MP dengan Windows Hello dan pengatup khusus, serta bateri 99Wh yang menyokong pengecasan 400W. Pelbagai pilihan I/O turut diberikan seperti 3x USB 3.2 Gen 2 Type-A, 1x Thunderbolt 5, 1x Thunderbolt 4, Ethernet 2.5Gb, HDMI 2.1, dan pembaca kad SD. Harga jualan bermula dari US$3,199.99 (~RM 14,144).

Komen