Sewaktu pembentangan Microsoft di acara Snapdragon Southeast Asia Summit hari ini yang dilakukan oleh Adam Oowee, Pengurus Besar bahagian jualan peranti untuk pasaran Asia di Microsoft juga tidak melepaskan peluang untuk mengingatkan orang ramai tentang salah satu daripada sistem operasi mereka.

Microsoft akan menamatkan sokongan untuk sistem operasi tersebut pada 14 Oktober 2025, dan menyarankan mereka yang masih menggunakan sistem operasi tersebut untuk menaiktarafkan sistem operasi mereka ke Windows 11 secara percuma sebelum tarikh tersebut untuk memastikan komputer mereka sentiasa menerima kemaskini baru dari segi ciri dan juga keselamatan.
Perlu juga diingatkan bahawa anda akan perlu memastikan bahawa cip pemprosesan yang digunakan disokong oleh sistem operasi Windows 11 sebelum anda menaiktarafkan komputer anda kepadanya.