Carian
MSI
Pra-tempahan Siri Komputer Riba Gaming MSI Dibuka Dengan Harga Mencecah RM31,999
February 26, 2025 Nazrin

MSI telah memperkenalkan sejumlah penawaran komputer riba gaming mereka di acara CES 2025, dan sejumlah daripadanya, seperti MSI Titan 18HX yang tampil dengan penggunaan cip pemprosesan Intel Core Ultra 9 285HX dan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 5090.

Untuk pasaran tempatan, MSI Malaysia telah membuka pra-tempahan untuk sejumlah komputer riba ini, termasuklah MSI Vector 16 HX AI, MSI Raider A18 HX, MSI Raider A18 HX AI, MSI Titan 18 HX dan MSI Titan 18 HX Dragon Edition Norse Myth.

Komputer-komputer riba ini dikuasakan oleh pilihan cip pemprosesan Intel Core Ultra 9 285HX, Intel Core Ultra 9 275HX dan AMD Ryzen 9 9955HX3D bersama-sama dengan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 5090 dan NVIDIA GeForce RTX 5080.

Kebanyakan daripada komputer-komputer riba ini juga menggunakan paparan MiniLED bersaiz 18 inci dengan resolusi 3840×2400 dan kadar segar semula 120Hz yang menjanjikan olahan grafik dan pengalaman gaming yang sangart lancar.

Model paling bangsawan dalam sesi pra-tempahan ini ialah MSI Titan 18HX Dragon Edition Norse Myth. Harga pra-tempahan komputer riba ini ditetapkan pada RM31,999, dan ia hadir dengan spesifikasi sama seperti MSI Titan 18HX yang berharga RM30,699, tetapi mempunyai rekaan penutup paparan yang memperlihatkan motif seekor naga.

Pra-tempahan untuk komputer-komputer riba ini dibuka pada 25 Februari 2025 ke 31 Mac 2025 pada harga berikut:

  • MSI Vector 16 HX AI – RM14,849
  • MSI Raider 18 HX (AMD)- RM20,849
  • MSI Raider 18 HX AI (Intel) – RM21,849
  • MSI Raider 18 HX AI (Intel, RTX 5090) – RM26,699
  • MSI Titan 18 HX AI – RM30,699
  • MSI Titan 18 HX AI Dragon Edition Norse Myth – RM31,999

Komen