Dell XPS 13 Dengan Cip Pemprosesan Intel Core Ultra 9 288V Diperlihatkan
Nazrin
Apabila siri cip pemprosesan Intel Core Ultra 200V Lunar Lake dilancarkan pada tahun lepas, penyenaraian model cip pemprosesan tersebut memperlihatkan satu model Core Ultra 9, iaitu Intel Core Ultra 9 288V.

Di acara Snapdragon Southeast Asia Summit yang berlangsung hari ini, sebagai sebuah perbandingan dengan siri cip pemprosesan Snapdragon X oleh Qualcomm, sebuah komputer riba yang dikuasakan dengan cip pemprosesan tersebut.
Kebanyakan komputer riba yang diperlihatkan di pasaran sekarang adalah model seperti Intel Core Ultra 7 258V dan Intel Core Ultra 256V, tetapi sangat jarang untuk sesiapa pun memperlihatkan komputer riba dengan CPU Intel Core Ultra 9 288V.

Perkara ini menarik minat saya kerana ia merupakan kali pertama menemukan sebuah komputer riba dengan cip pemprosesan tersebut, yang selama ini dilihat sebagai seekor “unicorn” dalam dunia perkomputeran hari ini. Ia juga bermakna bahawa cip pemprosesan ini benar-benar wujud, dan bukanlah sesuatu yang ditulis diatas kertas sahaja.

Sama seperti cip pemprosesan Lunar Lake yang lain, ia hadir dengan lapan teras fizikal, terbahagi kepada empat teras prestasi (P-cores) dan empat teras kecekapan (E-cores). Ia mempunyai kelajuan lewaham Turbo Boost setinggi 5.1GHz, dilengkapi dengan cip grafik Intel Arc 140V dan menggunakan 32GB memori LPDDR5X.

Sayangnya, oleh kerana komputer riba ini ditemui di acara Qualcomm, tiada jurucakap produk Dell berada di acara tersebut untuk memberitahu kami samada ia adalah model komersil, ataupun hanya sebuah produk kejuruteraan.
Carian ringkas di laman web Dell Malaysia mendapati bahawa penawaran CPU yang hadir hanyalah dengan cip Qualcomm Snapdragon X Elite ataupun Intel Core Ultra 7 258V.