Cari @ Amanz

Infinix Mengintegrasikan DeepSeek R1 Pada Pembantu Maya Folax

Link Copied!

DeepSeek adalah model bahasa raya kecerdasan buatan generatif yang berkuasa, efisien dan kini adalah antara yang paling popular. Mereka telah memperkenalkan DeepSeek-R1 yang jauh lebuh hebat dalam penaakulan dan berfikir sendiri. Terbaru, Infinix telah mula mengintegrasikan model AI ini pada peranti mereka.

Bermula dengan siri Infinix NOTE baharu dengan XOS 14.5, Folax iaitu pembantu digital AI mereka yang sebelum ini dikuasakan dengan ChatGPT kini menggunakan DeepSeek-R1. Dengan integrasi pada Folax, pengguna boleh berinteraksi untuk mendapatkan jawapan dengan suara atau teks. Melaluinya pengguna yang menggemari ciri chatbot AI akan dapat menggunakan teknologi canggih ini secara percuma terus dari dalam peranti kelas pertengahan mampu milik.

Infinix menyatakan akan datang, mana-mana peranti mereka dengan kemas kini XOS 14.5 turut akan menerima sokongan DeepSeek ini dan ia tidak akan terhad kepada siri NOTE baharu sahaja.


Komen ()