Carian
Kajian Mendapati Mod Gelap Meningkatkan Penggunaan Bateri
February 26, 2025 Effi Saharudin

Anda pasti pernah mendengar tips untuk mengurangkan penggunaan bateri pada telefon pintar, aktifkan mod gelap sepanjang masa. Secara teorinya dalam mod gelap skrin tidak akan memaparkan warna putih yang lebih menggunakan bateri. Tetapi kajian yang dilakukan oleh BBC mendapati mod gelap menyebabkan sebaliknya berlaku.

Ujian dilakukan dengan meminta peserta untuk menggunakan laman web BBC Sounds dalam mod gelap dan mod terang. Sebanyak 80% peserta didapati meningkatkan keterangan skrin perantis apabila mengakses laman dalam mod gelap. Oleh sebab itu sebarang penjimatan kuasa yang sepatutnya berlaku apabila menggunakan mod gelap tidak dapat dinikmati.

Oleh itu jika anda benar-benar ingin mengurangkan penggunaan bateri, penggunaan mod gelap hanya berkesan jika keterangan skrin tidak diubah.

Komen