Carian
Pra-tempahan Tempatan Dibuka Untuk Siri Komputer Riba Gaming ASUS ROG Terbaru
February 26, 2025 Nazrin

Jika anda, seperti saya sedang menunggu untuk komputer riba gaming yang menggunakan komponen-komponen terbaru dari AMD, Intel dan NVIDIA, ASUS Malaysia baru sahaja mengumumkan bahawa pra-tempahan untuk sejumlah besar siri komputer riba gaming ASUS Republic of Gamers telahpun dibuka.

Model-model komputer riba yang diperlihatkan termasuklah ASUS ROG Strix SCAR 18, ASUS ROG Strix SCAR 16, ASUS ROG Zephyrus G16, ASUS ROG Strix G18, ASUS ROG Strix G16 dan ASUS ROG Flow Z13.

Komputer-komputer riba ini tiba dengan penawaran cip pemprosesan Intel Core Ultra 9 285H, Intel Core Ultra 275HX ataupun AMD Ryzen AI MAX+ 395 yang tiba khusus untuk komputer riba ASUS ROG Flow Z13.

Dari segi penawaran GPU pula, komputer-komputer riba ini dikuasakan oleh kad-kad grafik paling berkuasa oleh NVIDIA, seperti NVIDIA GeForce RTX 5090, NVIDIA GeForce RTX 5080 dan NVIDIA GeForce RTX 5070 Ti, kecuali pada komputer riba ASUS ROG Flow Z13, yang sekali lagi menggunakan GPU AMD Radeon 8060S Graphics yang disekalikan dengan cip AMD Strix Halo.

Kesemua komputer-komputer riba ini juga tampil dengan paparan skrin ROG Nebula pada saiz 16-18 inci dengan resolusi 2.5K (2560×1600) dan kadar segar semula 240Hz.

Pra-tempahan untuk komputer-komputer riba ini sudahpun dibuka melalui kedai atas talian ASUS Store, atau jika anda lebih selesa untuk melakukannya melalui kedai fizikal, ASUS Malaysia sudahpun menyenaraikan kedai-kedai fizikal mereka di laman web ini. Tempoh pra-tempahan adalah dari 25 Februari hingga 31 Mac 2025. Setiap pra-tempahan ini juga akan hadir dengan kod permainan Monster Hunter Wilds secara percuma.

Komen