Carian
YouTube Kini Mempunyai Lebih 1 Bilion Penonton Bulanan Khusus Untuk Kandungan Podsiar
February 27, 2025 Aman

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, salah satu bentuk kandungan yang semakin meningkat naik popularitinya adalah berbentuk perbualan atau perbincangan, atau turut dipanggil ramai sebagai kandungan podsiar. Platform yang digunakan ramai pada awalnya adalah dalam bentuk audio melalui Spotify, namun ramai yang telah mula beralih dan turut memuat-naik video podsiar ke YouTube.

Terkini, Google berkongsi mengatakan kandungan podsiar di platform YouTube sahaja mempunyai lebih 1 bilion penonton di peringkat global. Ini sekaligus memperlihatkan kini YouTube menjadi destinasi utama untuk menonton kandungan podsiar berbanding pelbagai platform lain.

Sepanjang 2024 yang lepas sahaja, pengguna menonton selama 400 juta jam podsiar setiap bulan melalui peranti di ruang-tamu.

Buat masa ini, tiada platform lain yang mengumumkan angka tontonan khusus untuk podsiar, dan nampaknya YouTube menerajui dalam arena tersebut.

Komen