Samsung Mengumumkan Tarikh Pelancaran Galaxy A Baharu Pada 2 Mac 2025
Amy Maizuraa
Samsung dilihat berkongsi acara pelancaran Galaxy A baharu yang akan diadakan pada 2 Mac 2025. Meskipun Samsung masih belum mendedahkan secara khusus peranti yang akan dilancarkan tetapi imej promosi menunjukkan reka bentuknya. Ia juga dijangka memperkenalkan model baharu dalam siri Galaxy A yang termasuk Galaxy A56 dan Galaxy A36.

Memetik maklumat tertiris, Galaxy A56 dan Galaxy A36 dijangka hadir dengan skrin AMOLED 6.7-inci, kadar segar semula 120Hz, kamera utama 50MP dan bateri 5000mAh. Galaxy A56 mungkin dijana dengan cip Exynos 1580, manakala Galaxy A36 pula menggunakan Snapdragon 6 Gen 3. Pun begitu, maklumat ini hanya sekadar spekulasi semata, dan perubahan mungkin berlaku semasa pelancaran rasmi kelak.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.