Carian
Instagram Pertimbang Melancarkan Aplikasi Berasingan Untuk Reels – Untuk Bersaing Dengan TikTok
February 27, 2025 Aman

Instagram pada asalnya diperkenalkan dengan fokus terhadap perkongsian gambar, sebelum memperluaskan sokongan untuk video. Dengan populariti Snapchat, mereka menambah ciri Stories, dan dengan populariti TikTok, Instagram turut menambah ciri dinamakan Reels, iaitu video menegak yang pendek.

Instagram Reels

Kini, hadir laporan baharu mengatakan Instagram sedang mempertimbangkan untuk melancarkan aplikasi khusus berasingan hanya untuk Reels. Aplikasi berkenaan dijangka memberikan pengalaman seumpama TikTok, dimana pengguna boleh menatal video terus tanpa had melaluinya.

Ciri lain yang dirancang untuk aplikasi berkenaan tidak diketahui lagi, dan masih menjadi tanda tanya sama ada aplikasi berkenaan turut akan menyertakan sokongan edagang atau sebaliknya. Namun, pelancaran aplikasi Reels secara berasingan dijangka membolehkan Meta bersaing dengan lebih efektif bersama TikTok.

Disamping aplikasi ini yang dalam pertimbangan, sebelum ini ketika TikTok dan CapCut diharamkan di Amerika Syarikat, Meta turut telah mengumumkan bakal memperkenalkan sebuah aplikasi penyunting video khas dinamakan Edits tidak lama lagi. Dibawah Instagram juga, Meta mengoperasikan aplikasi media sosial seumpama X, dinamakan Threads.

Komen