Carian
Vivo Y39 dan Y29 Dilancarkan Dengan Bateri 6500 mAh Pada Harga Bermula RM799
February 27, 2025 Effi Saharudin

Vivo Y39 5G dan Y29 secara rasmi dilancarkan di Malaysia hari ini masing-masing pada harga yang amat mampu milik. Vivo Y39 5G ialah peranti dengan skrin 6.68″ LCD 120Hz, dijana cip Snapdragon 4 Gen 2, memori 8GB RAM LPDDR4X, storan 256GB UFS 3.1 dan bateri 6500 mAh yang menyokong pengecasan 44W.

Kamera utama terdiri daripada lensa sudut lebar 50MP dan pengesan kedalaman 2MP. Sementara itu di hadapan pula kamera swafoto 8MP disertakan. Pengimbas cap jari terletak di sisi terbina pada butang kuasa. Sementara itu sepasang speaker stereo turut disertakan. Peranti menggunakan sistem operasi Funtouch OS 15 berasaskan Android 15. Tubuh Y39 juga melepasi piawaian IP64.

Vivo Y29 ialah peranti dengan skrin 6.68″ LCD 120Hz, dijana cip Snapdragon 685, memori 8GB RAM LPDDR4X, storan 256GB UFS 3.1 dan bateri 6500 mAh yang menyokong pengecasan 44W. Storan dalaman boleh ditambah menggunakan kad mikro-SD. Kerana penggunaan cip Snapdragon 685, Y29 sekadar menyokong rangkaian 4G.

Kamera utama terdiri daripada lensa sudut lebar 50MP dan pengesan kedalaman 2MP. Sementara itu di hadapan pula kamera swafoto 8MP disertakan. Pengimbas cap jari terletak di sisi terbina pada butang kuasa. Sementara itu sepasang speaker stereo turut disertakan. Ia turut menggunakan sistem operasi Funtouch OS 15 berasaskan Android 15.

Di Malaysia Vivo Y39 dijual pada harga RM999 sementara Vivo Y39 pula dijual pada harga RM799.

Komen