Cari @ Amanz

Claude 3.7 Sonnet Adalah Model AI Hibrid Yang Boleh Berfikir Sendiri

Link Copied!

Anthropic beberapa hari lepas telah mengumumkan model bahasa raya baharu chatbot kecerdasan buatan generatif mereka, Claude 3.7 Sonnet. Ia adalah model hibrid yang menggabungkan model biasa dan model yang boleh berfikir dengan sendiri termasuk mempunyai penaakulan yang lebih canggih.

Ia turut mengambil DeepSeek-R1 sebagai inspirasi, di mana pengguna boleh melihat proses Claude 3.7 Sonnet ini berfikir. Melalui model baharu ini, Claude Code turut diperkenalkan iaitu model yang lebih memahami kerja-kerja pengkodan secara mendalam. Dengan era model AI menjadi ejen AI untuk mewakili pengguna melakukan sesuatu tugasan, model baharu Claude ini mempunyai kemampuan melakukan tugasan dan memahaminya dengan kadar ketepatan sehingga 81.2%.

Seperti model AI penaakulan dan yang boleh berfikir lain, Claude 3.7 Sonnet turut hebat dalam kiraan matematik, penyelesaian masalah fizik, dan melakukan tugasan lebih kompleks seperti kajian dan menganalisa laporan. Pada masa yang sama, Claude turut memastikan model mereka lebih memfokuskan kepada tugasan masa nyata untuk penggunaan industri perusahaan dan perniagaan.

Claude 3.7 Sonnet boleh diakses oleh semua pengguna percuma, pelanggan pelan Pro, Team, dan Enterprise – tetapi ciri untuk berfikir secara lebih mendalam hanya terhad kepada pelan berbayar.


Komen ()