Carian
Gboard Kini Mencapai Lebih 10 Bilion Muat Turun Di Google Play Store
February 27, 2025 Fahim Zahar

Gboard adalah aplikasi papan kekunci oleh Google yang cukup popular. Ia bijak dalam menentukan perkataan jika menggunakan gestur, ada sokongan ciri AI, mempunyai koleksi pelekat dan GIF, ada ciri akses kepada papan klip dan banyak lagi. Terbaru, aplikasi ini telah mencapai jumlah muat turun yang sangat tinggi.

Di Google Play Store, Gboard kini mempunyai lebih 10 bilion jumlah muat turun. Ini adalah satu perkara yang cukup mengejutkan kerana tidak semua peranti Android menyertakan Gboard sebagai aplikasi papan kekunci lalai. Di Play Store ada lebih banyak aplikasi lain seperti Swift Key, tetapi 10 bilion peranti dilihat memilih Gboard.

Bagi yang tidak tahu, Gboard diperkenalkan pada tahun 2016 bagi menggantikan aplikasi Google Keyboard on Android. Pada asalnya, ia adalah aplikasi eksklusif untuk iOS dan kini ia adalah aplikasi penting lebih-lebih lagi jika anda menggunakan Pixel, OnePlus atau Nothing.

Komen