Satu lagi pengeluar produk audio mewah mula menembusi pasaran Malaysia iaitu Cabasse. Produk yang diperkenalkan adalah speaker bangsawan di bawah siri The Pearl yang juga merupakan satu hiasan untuk memaparkan kemewahan seseorang.

The Pearl adalah pembesar suara khusus untuk ruangan yang besar dan luas. Ia adalah speaker yang direka khusus untuk audio bertaraf mewah dan audio boleh dipancarkan di ruangan seluas 35 meter per segi. The Pearl menggunakan konfigurasi pemandu audio tri-coaxial dengan subwoofer 25sm, menggunakan teknologi bass tersendiri dan menawarkan audio pentas suara 360 darjah.
Setiap speaker The Pearl menawarkan audio beresolusi tinggi, boleh disambungkan dengan speaker The Pearl lain untuk menjadi set stereo, boleh dihubungkan dengan The Pearl yang berada di bilik lain untuk kawalan serentak, dan turut mempunyai pilihan sama ada letak di atas meja atau almari serta dipasangkan terus ke dinding.

The Pearl Akoya pula adalah versi kompak untuk speaker mewah mereka. ia direka untuk ruangan sekitar 20 meter per segi, menggunakan pemandu audio sama, terdapat alat kawalan Bluetooth, dan beg untuk di bawa ke mana sahaja.

The Pearl Myuki adalah speaker mudah alih mereka dengan pemandu audio stereo. Ia menggunakan teknologi speaker DOM 45 julat-penuh dan pemandu bass 12sm dalam bentuk sarang lebah, ketahanan bateri 12 jam, kawalan LED dengan kesan taktil, dan pemegang terbina.

The Pearl Pelegrina pula adalah speaker mercu mereka, atau “bapa” The Pearl. Ia adalah speaker The Pearl dengan bahan binaan mutiara 55-karat, direka dengan pemandu audio 3700W RMS untuk setiap satu berserta pemandu julat dinamik 135dB. Pemandu audio tri-coaxial sama dikekalkan, cuma kini ada woofer oleh HELD dan mampu memancar audio untuk ruangan lebar serta memberi pengalaman pendengaran di luar jangkaan. Speaker ini hadir dalam tubuh setinggi 130sm dan dengan radius 48sm lebar. Ia turut mempunyai ukiran Lissajous (graf kiraan parametrik) sebagai kaki.

Cabasse Malaysia turut membawa masuk The Pearl Keshi, sebuah speaker mewah ultra kompak. Ia menawarkan audio stereo 2.1, mempunyai subwoofer, hadir dengan rekaan speaker satelit, mempunyai kuasa 1050W RMS dan menggunakan tubuh tergantung untuk kesan audio unik. Ia turut boleh dihubungkan dengan The Pearl lain menjadikan set stereo lebih luas dan sedia mempunyai integrasi Spotify dan Tidal.

Speaker terakhir mereka yang dilancarkan hari ini adalah The Pearl Sub. Sebuah speaker semua dalam satu yang juga hadir dalam rekaan mewah dan kompak. Ia adalah speaker stereo 2.1, menyokong DAC, ada subwoofer, dan menyokong audio resolusi tinggi. Speaker ini turut mempunyai woofer 25sm dan kuasa output 2000W. Selain boleh digunakan secara bersendirian, ia turut boleh digunakan bersama Cabasse iO3, Riga 2 dan Baltic 5.

Setiap speaker The Pearl oleh Cabasse yang dilancarkan hari ini menggunakan teknologi audio mereka tersendiri. Antaranya adalah StreamCONTROL. Ia menawarkan DEAP, DFE dan CRCS untuk audio beresolusi tinggi jitu dengan menganalisa ruangan dan memastikan audio yang dikeluarkan adalah terbaik untuk pengguna.
Untuk harga jualan, berikut adalah apa yang Cabasse Malaysia tawarkan;
- The Pearl Pelegrina – RM160,000 sepasang
- The Pearl – RM17,000
- Kaki – RM2,400
- Aksesori sambung ke dinding – RM1,300
- The Pearl Akoya – RM9,000
- Kaki – RM1,800
- Aksesori sambung ke dinding – RM900
- The Pearl Myuki – RM5,600
- Aksesori sambung ke dinding – RM900
- The Pearl Keshi – RM13,000
- The Pearl Sub – RM19,000