Carian
MrBeast Dalam Perbincangan Meraih Suntikan Dana Pada Nilai Syarikat $5 Bilion
February 27, 2025 Aman

MrBeast merupakan nama yang tidak asing lagi di arena YouTube, dengan pelbagai perkongsian video-video berbentuk cabaran dengan hadiah yang menarik. Malah, baru-baru ini MrBeast telah bekerjasama dengan Amazon untuk hadir dengan siri realiti-tv khusus.

MrBeast

Terkini, ia dilaporkan MrBeast sedang dalam perbincangan untuk meraih suntikan dana daripada para pelabur, pada nilai syarikat sekitar $5 bilion. Perbincangan masih pada peringkat awal buat masa ini.

MrBeast sedia mempunyai saluran YouTube yang paling ramai diikuti yang meliputi pasukan penyunting video, disamping turut mempunyai jenama coklat dinamakan Feastables dan juga jenama makanan ringan Lunchly. Selain itu, baru-baru ini dengan masalah menimpa TikTok di Amerika Syarikat, nama MrBeast antara yang disebut berminat untuk mendapatkan pegangan TikTok di Amerika Syarikat.

Ia masih tidak diketahui lagi apakah perancangan MrBeast dengan suntikan dana baharu, selain daripada ia dikatakan akan digunakan untuk memperluaskan lagi empayar media dan makanan dibawah MrBeast.

Komen