Carian
Apple HomePad Dilihat Mungkin Boleh Membantu Pengguna Memasak
February 27, 2025 Fahim Zahar

Apple tahun ini akan melancarkan produk dalam kategori baharu iaitu untuk mengawal peranti Internet benda. Peranti ini dikatakan akan berada di bawah keluarga HomePod dan merupakan sejenis skrin pintar yang boleh mengawal peranti Apple HomeKit. Terbaru, nama peranti ini telah didedahkan dalam kod iOS 18.4 iaitu HomePad.

Ilustrasi HomePad dengan menggabungkan iPad pada HomePod.

Apple dikatakan akan menggunakan rekaan ikonik produk Apple seakan iMac G4 untuk HomePad. Selain itu, HomePad ini turut mungkin akan digandingkan dengan peranti yang mempunyai tangan robot, mempunyai saiz skrin seakan sebuah iPhone, dan akan menawarkan ciri seakan menggunakan skrin pintar Google Nest Hub.

Dengan kemas kini baharu pada perkhidmatan Apple News+ yang kini menambah koleksi resipi memasak, HomePad dikatakan akan menjadi pembantu cef di dapur untuk pengguna. Ini adalah penggunaan mirip Amazon Echo dan Google Nest. Sama-sama kita nantikan apakah rupa akhir produk yang dikatakan adalah HomePad ini.

Komen