Carian
Public Bank Akan Menamatkan Aplikasi PB Engage MY Berkuat-kuasa Jun 2025
February 27, 2025 Aman

Public Bank kini mengumumkan mereka akan menamatkan aplikasi PB Engage MY berkuat-kuasa Jun 2025 kelak. Selari dengan langkah ini, semua aktiviti perbankan akan hanya disokong melalui aplikasi MyPB sahaja bergerak ke hadapan.

Perubahan ini dijangka akan memberikan impak kepada pengguna peranti Android 10 dan sebelumnya, memandangkan aplikasi MyPB memerlukan pengguna menggunakan sistem operasi Android 11 dan terkini.

Pengguna dinasihatkan merancang terlebih dahulu proses peralihan, memandangkan keperluan menantikan pengaktifan aplikasi perbankan untuk pengesahan yang mengambil masa sehingga 12 jam pada pemasangan baharu.

Bagi anda yang menggunakan perkhidmatan perbankan Public Bank, boleh beralih ke aplikasi MyPB hari ini, dalam meneruskan pelbagai transaksi kewangan anda melaluinya.

Komen