Carian
Meta Merancang Untuk Memperkenalkan Aplikasi Khusus Untuk Meta AI – Termasuk Pelan Langganan
February 28, 2025 Aman

Meta sedia menyatakan hasrat untuk menerajui arena kecerdasan buatan, dan selari dengannya mereka telah mula memperkenalkan Meta AI kepada pengguna secara berperingkat. Buat masa ini, pengguna tempatan masih belum boleh mengakses Meta AI.

Pada hari ini, Meta AI ditawarkan melalui web khusus, selain diintegrasikan pada aplikasi seperti Instagram, Facebook dan juga WhatsApp. Namun, kini hadir laporan mengatakan Meta turut akan memperkenalkan sebuah aplikasi khusus Meta AI pada suku kedua 2025 ini.

Disamping itu, Meta turut merancang sebuah pelan langganan khusus untuk Meta AI, seperti penyedia perkhidmatan lain, sekaligus menawarkan akses kecerdasan buatan janaan yang lebih berkuasa dan pintar melaluinya.

Dengan aplikasi dan penawaran khusus ini, Meta dijangka akan dapat meneruskan hasrat dalam menerajui arena kecerdasan buatan, selain mencapai lebih 1 bilion pengguna dengan akses kepada Meta AI.

Buat masa ini, pihak Meta tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan perkara ini.

Komen