Electronic Arts membuat kejutan pada hari ini, dan telah menerbitkan sejumlah kod sumber untuk permainan dibawah siri Command & Conquer. Melaluinya, mereka menerbitkan kod sumber untuk sesiapa sahaja melihat dan mengakses, termasuk untuk permainan Red Alert, Renegade, Generals dan juga Command & Conquer (Tiberian Dawn).
Semua kod sumber ini diterbitkan di GitHub, dan ditawarkan dibawah lesen GPL.
Selari dengan penawaran ini, EA turut mengumumkan sokongan untuk Steam Workshop, sekaligus membolehkan mereka yang melakukan pengubah-sauaian untuk peta permainan memuat-naikknya dan dikongsikan bersama yang lain.
Bagi anda yang berminat, boleh menyemak penawaran EA melalui GItHub hari ini.