Apple pada tahun ini telah memilih untuk menamatkan siri iPhone SE, sebaliknya menggunakan jenama iPhone 16e untuk model baharu – selari pengenalan siri iPhone 16 pada penghujung 2024. Lanjutan daripadanya, kini hadir laporan penganalisa menyasarkan Apple memperkenalkan siri iPhone e ini pada setiap tahun.

Ini sekaligus memperlihatkan kita mungkin melihat iPhone 17e diperkenalkan pada 2026, dan seterusnya – selari pengenalan siri baharu iPhone.
Buat masa ini, perkara ini adalah jangkaan awal, dan tidak diketahui sama ada Apple akan meneruskannya atau sebaliknya. Beberapa komen awal pengguna turut mengambil kira berkenaan dengan harga penawaran untuk model berkenaan yang agak tinggi, membuatkan mereka mungkin memilih iPhone 16 terus sekiranya inginkan iPhone berbanding iPhone 16e.