Infinix Memperlihatkan Konsep Telefon Katup-Tiga
Aman
Infinix kini menjadi terawal memperlihatkan konsep telefon pintar baharu bersempena MWC 2025, dengan memperlihatkan telefon konsep siri Zero yang boleh di katup-tiga.

Untuk tujuan ini, ia membawa telefon yang boleh dikatup secara menegak, membawa kepada saiz peranti yang lebih kompak berbanding pada hari ini. Peranti ini hadir dengan dua bahagian engsel yang digunakan untuk melipat skrin peranti.

Selari pengumuman peranti katup-tiga ini, Infinix turut memperlihatkan konsep yang membolehkan telefon ini turut digunakan sebagai kamera aksi dengan memasangnya pada beg ketika mendaki mahupun memasangnya pada basikal untuk merakamkan aktiviti.

Buat masa ini, telefon katup-tiga ini masih pada peringkat konsep, dan tidak diketahui lagi sama ada akan dipasarkan atau sebaliknya.