Google Translate Akan Dikemaskini Dengan Ciri AI Untuk Pengguna Memahami Terjemahan
Fahim Zahar
Salah satu ciri AI yang setiap pengeluar cuba tawarkan adalah ciri penterjemahan yang rasa semula jadi. OnePlus AI ada aplikasi Translate tersendiri, Galaxy AI boleh melakukannya, AndesGPT pada peranti Oppo boleh, Honor dan vivo dengan sistem AI mereka pun boleh – tetapi Google Translate yang sudah lama menawarkan ciri ini masih tiada ciri AI. Akan datang ia akan dikemaskini dengan ciri ini selepas sekian lama dinantikan.

Berdasarkan demo yang Android Authority dapatkan, ciri AI ini dinamakan sebagai Ask a follow-up untuk pengguna lebih memahami teks yang telah diterjemah. Selain memberi pengguna konteks untuk mudah berkomunikasi dengan bahasa asing, Google Translate turut boleh menjana terjemahan dengan pelbagai tona atau gaya berbeza.
Nasihat tambahan mengenai tatabahasa, cara sebutan, dialek dan lain-lain turut akan dicadangkan. Ciri ini tersembunyi di dalam Google Translate untuk Android versi 9.3.78.731229477.7. Bila ia akan diaktifkan untuk semua masih tidak pasti.
[sumber] Android Authority [/sumber]