Carian
Meta Akan Memecat 20 Pekerja Kerana Meniriskan Rahsia Syarikat
February 28, 2025 Nazrin

Meta baru-baru ini telah mengesahkan bahawa mereka telah memecat seramai 20 orang pekerja kerana kesalahan meniriskan rahsia syarikat ke pihak umum baru-baru ini.

Maklumat-maklumat yang tertiris termasuklah butiran tentang produk-produk yang belum diumumkan secara rasmi dan juga butiran tentang mesyuarat-mesyuarat syarikat, khususnya berkenaan kata-kata oleh Mark Zuckerberg sendiri.

Syarikat tersebut juga dilihat sedang mencari lebih ramai lagi pekerja yang didapati telah meniriskan rahsia syarikat, disamping membuang pekerja yang tidak mencapai piawaian produktiviti yang ditetapkan.

Mark Zuckerberg juga dilihat telah menukar sejumlah polisi syarikat baru-baru ini, dan ini juga merupakan kali pertama syarikatnya dilihat bertindak keras dalam memastikan bahawa tiada lagi maklumat syarikat disebarkan tanpa pengumuman rasmi.

Komen