Carian
TikTok Mengemaskini Laman Web Mereka Untuk Bersaing Dengan YouTube
February 28, 2025 Fahim Zahar

Semalam telah kami laporkan yang Meta sedang mempertimbangkan untuk mengasingkan Reels menjadi aplikasi tersendiri dan perkhidmatan tersendiri bagi bersaing dengan TikTok. Hari ini, TikTok mengumumkan yang mereka telah mengemaskini laman web untuk pengalaman penggunaan di desktop terbaik – mungkin untuk bersaing dengan YouTube.

Kemas kini baharu ini membawakan antaramuka modular, suapan For You diperbaharui, tab Explore baharu, pengalaman menonton video siaran langsung dengan skrin penuh dan pemain video web eksklusif. Antaramuka baharu ini jelas lebih mudah untuk digunakan, lebih mesra pengguna dan tidak serabut.

Kemas kini ini turut membawakan ciri baharu hanya untuk melihat koleksi video kegemaran yang disusun mengikut kategori. Ciri pemain video baharu hanya boleh digunakan pada pelayar web berasaskan Chromium. Namun, pelayar web seperti Arc Browser hanya menyokong mod gambar-dalam-gambar dari dalam laman web TikTok sahaja dan tidak boleh digunakan pada laman web lain seperti Chrome.

Komen