MagSafe diperkenalkan pada tahun 2020. Sejak pada itu, semua iPhone (kecuali iPhone SE 3) menyokong ciri pengecasan nirwayar magnetik ini tetapi iPhone 16e yang terbaru ia tidak disertakan. Ramai sangkakan “e” adalah untuk Essential, di mana Apple akan bawakan ciri penting iPhone 16 pada iPhone lebih murah ini. Terbaru, wakil Apple ada berkongsi kepada penulis Daring Fireball mengenainya.

Menurut laporan beliau, pelanggan sasaran Apple untuk yang akan membeli iPhone 16e dikatakan tidak akan menggunakan MagSafe atau tidak akan memanfaatkan pengecas nirwayar. Mereka akan lebih kerap menggunakan pengecasan berwayar. Jika sasaran Apple adalah pelanggan lama iPhone SE, mereka kerap menggunakan pengecasan berwayar kerana tidak pernah ada pilihan untuk pengecasan nirwayar.
Ciri MagSafe pada hemat saya sudah pun menjadi ciri penting untuk sebuah iPhone. Adakah Apple ingin mengikut strategi peranti kelas pertengahan Android, di mana pengecasan nirwayar atau Qi2 tidak penting? Apa pendapat anda?