Realme Malaysia dalam persediaan untuk melancarkan peranti baharu dalam siri C mereka yang dikenali sebagai Realme C75x pada 7 Mac 2025. Peranti ini telah menerima pengesahan SIRIM di Malaysia sejak 5 Februari lepas. Namun tidak dapat dipastikan sama ada ia akan menyerupai model yang dilancarkan di Indonesia atau sebaliknya.

Berdasarkan maklumat yang tersedia, peranti ini akan mempunyai ciri ketahanan yang baik termasuk perlindungan skrin ArmorShell 360° dan ketahanan air dengan penarafan IP68/IP69. Peranti juga akan ditawarkan dalam warna Rosy Warrior iaitu warna merah jambu lembut, bersama bateri berkapasiti 5600mAh yang tahan lama. Maklumat lanjut mengenai peranti hanya akan diumumkan pada acara pelancaran tersebut termasuk harga jualan rasmi.