Carian
Microsoft Akan Menamatkan Skype Pada Mei 2025
February 28, 2025 Aman

Microsoft hari ini mengumumkan mereka akan menamatkan perkhidmatan panggilan video terkemuka Skype pada 5 Mei 2025 kelak. Microsoft sebelum ini telah mengambil-alih Skype sekitar 14 tahun yang lepas.

Microsoft kini memberikan masa sekitar 10 minggu dalam membolehkan para pengguna Skype untuk memindahkan pelbagai data mereka ke Microsoft Teams. Dengan langkah ini juga, Microsoft dilihat akan lebih memfokuskan kepada pembangunan Teams.

Penamatan Skype ini sedia dinantikan ramai sejak bertahun-tahun sebelum ini, apatah lagi sejak pelancaran Microsoft Teams, kemaskini untuk Skype dan pembangunannya turut kurang diberikan perhatian. Skype sebelum ini telah mempopularkan panggilan audio dan video melalui internet. Namun, dengan perkembangan telefon pintar dan lain-lain, ia membuatkan Skype sedikit ketinggalan dengan pelbagai pesaing lain, termasuk WhatsApp. Namun, ia aktif digunakan untuk tujuan perusahaan, kerana kualiti yang ditawarkan melaluinya.

Bagi anda yang masih menggunakan Skype, kini mungkin sudah boleh memulakan proses pemindahan akaun anda ke Microsoft Teams.

Komen