Pada tahun ini, pelbagai pengeluar peranti dilihat turut memfokuskan kepada penawaran dengan rekaan peranti yang nipis. Oppo sedia memperkenalkan Find N5 yang nipis, selain Apple dikatakan akan hadir dengan iPhone Air, sementara Samsung sedia mengacah Galaxy S25 Edge.

Tidak ketinggalan adalah Tecno, dimana bersempena dengan MWC 2025, mereka memperlihatkan telefon pintar nipis mereka, dinamakan Tecno Spark Slim.
Telefon ini hadir dengan ketebalan 5.75mm sahaja, sekaligus menjadikan ia antara yang nipis di dunia berbanding pengeluar lain. Telefon ini turut hadir dengan bateri bersaiz 5200mAh, skrin 6.78-inci, dan juga dwi-kamera belakang 50-megapixel.


Tecno mengatakan ini adalah lebih kepada telefon konsep mereka sahaja, dan seperti tidak akan dikomersilkan dalam masa terdekat ini.
Bagi anda, bagaimanakah dengan peranti bersaiz nipis yang kini sering menjadi fokus pengeluar peranti?