Selain siri Xiaomi 15, siri Xiaomi Pad 7 juga telah dikemas kini dengan penawaran dua model Xiaomi Pad 7 dan Pad 7 Pro. Tablet Xiaomi Pad 7 Pro hadir dengan skrin 11.2″ IPS LCD 144Hz yang menyokong resolusi 3.2k. Skrin ini juga menyokong stylus Xiaomi Focus Pen dan juga paparan Dolby Vision. Ini dipadankan dengan cip Snapdragon 8s Gen 3, memori sehingga 12GB RAM, storan sehingga 512GB dan bateri 8850 mAh dengan pengecasan 67W.

Kamera utama di belakang ialah 50MP sudut lebar sementara di hadapan pula sensor 32MP untuk kamera swafoto. Tubuh diperbuat daripada aluminium dan terdapat empat speaker yang memberikan pengalaman audio Dolby Atmos. Sistem operasi HyperOS 2 menyokong ciri Xiaomi HyperConnect dan juga Xiaomi HyperAI. Ciri kecerdasan buatan (AI) yang disertakan ialah bantuan menulis, alih bahasa, suntingan gambar, dan banyak lagi.

Xiaomi Pad 7 pula hadir dengan skrin 11.2″ IPS LCD 144Hz yang menyokong resolusi 3.2k. Skrin ini juga menyokong stylus Xiaomi Focus Pen dan juga paparan Dolby Vision. Perbezaan ia model ini menggunakan cip Snapdragon 7+Gen 3, memori 8GB RAM, storan sehingga 256GB dan bateri 8850 mAh dengan pengecasan 67W. Kamera utama di belakang juga lebih kecil hanya 13MP sudut lebar sementara di hadapan pula sensor 8MP untuk kamera swafoto. Ciri-ciri lain Pad 7 adalah sama seperti Pad 7 Pro.

Xiaomi menawarkan aksesori baharu Pro Focus Keyboard yang membolehkan sudut pandangan skrin dilaras, papan kekunci dengan lampu terbina dan pad sesentuh. Harga jualan siri Pad 7 dan juga tawaran percuma anda 3 Mac hingga 6 April adalah seperti di bawah.
Peranti | Versi | Harga Jualan | Promosi |
Xiaomi Pad 7 Pro | 8GB + 256GB* (Atas Talian) | RM 2,499 | Rebat RM100 |
12GB + 512GB | RM 2,699 | – | |
Xiaomi Pad 7 | 8GB + 128GB* (Atas Talian) | RM 1,299 | Rebat RM100 |
8GB + 256GB | RM 1,599 | – |