Carian
Xiaomi Watch S4 Kini Di Malaysia Dengan Bateri 15 Hari dan Harga Bermula RM559
March 2, 2025 Effi Saharudin

Xiaomi turut menambah seutas lagi model baharu dalam rangkaian jam tangan pintar keluarannya hari ini di MWC Barcelona. Jam tangan Xiaomi Watch S4 yang dilancarkan di China pada Oktober lalu kini ke pasaran Malaysia.

Jam tangan hadir dengan skrin 1.43″ AMOLED (466 x 466 pixel) dengan keupayaan bezel yang boleh ditukar seperti pendahulunya Watch S3. Ini dipadankan dengan tombol berputar bersama butang fizikal tunggal di bahagian sisi untuk melakukan navigasi aplikasi yang terpasang. Tiada maklumat mengenai cip pemproses, RAM, storan dan sistem operasi yang digunakan oleh Watch S4.

Pelbagai sensor kesihatan dan kecergasan turut disediakan bagi tujuan pemantauan harian. Ia juga mempunyai algoritma kadar denyutan jantung baharu yang dibangunkan sendiri dengan ketepatan mencapai 98.2%. Selain itu menyokong lebih 150 mod sukan yang merangkumi aktiviti luar seperti ski, bola, menari dan banyak lagi.

Sistem GPS terbina boleh menjejak larian serta menawarkan jalan kembali sekiranya pemilik tersesat. Jam boleh melakukan panggilan telefon, menerima notifikasi, menstrim muzik dan memuat turun peta sekiranya ditambat pada telefon pintar. Malang sekali di Malaysia model dengan eSIM tidak ditawarkan. Xiaomi melengkapkan spesifikasi Watch S4 dengan penarafan 5ATM bermakna kalis air dan bateri sebesar 486mAh yang bertahan sehingga 15 hari dalam penggunaan biasa.

Di Malaysia harga jualan Xiaomi Watch S4 adalah seperti di bawah dengan promosi bermula 3 Mac hingga 6 April 2025.

ProdukHarga JualanHarga Promosi
Xiaomi Watch S4RM 699RM 559
Xiaomi Watch S4 (Warna Pelangi)RM 749RM 599
Komen