Carian
Samsung Akan Pertontonkan Peranti XR “Project Moohan” Pada Acara MWC 2025
March 2, 2025 Aman

Samsung hari ini telah memperkenalkan siri Galaxy A yang baharu, yang hadir dengan sokongan kemaskini sehingga 6 tahun, disamping turut dilengkapi beberapa ciri-ciri kecerdasan buatan secara terbina padanya. Tidak setakat itu, Samsung turut mengatakan mereka akan memperlihatkan set peranti realiti-gabungan mereka, Project Moohan pada acara MWC 2025 yang berlangsung minggu ini.

Nama rasmi untuk Project Moohan masih belum diumumkan lagi, memperlihatkan ia mungkin mengambil sedikit masa lagi sebelum ia dikomersilkan. Samsung bekerjasama dengan Google untuk membangunkan peranti ini, termasuk akan menjadi peranti pertama dengan Android XR di pasaran.

Samsung juga dijangka menggunakan cipset keluaran Qualcomm untuk menjana peranti ini. Ciri lain termasuk kecerdasan buatan dijangka diintegrasikan bersama dengan “Project Moohan” ini.

Dengan ia dipertontonkan kepada hadirin MWC 2025, lebih banyak maklumat dijangka diperlihatkan kepada umum. Sama-sama kita nantikan lanjut berkenaan apakah yang disediakan melalui pesaing Apple Vision Pro ini.

Komen