Cari @ Amanz

Xiaomi Perlihatkan Konsep Lensa Optikal Yang Boleh Dihubungkan Secara Magnetik ke Telefon 

Oleh Aman

Link Copied!

Xiaomi hari ini mengumumkan sejumlah produk baharu mereka yang telah mula ditawarkan untuk pasaran tempatan. Selari dengannya juga, Xiaomi mengambil kesempatan memperlihatkan secara ringkas sebuah rekaan konsep yang membolehkan lensa optikal dihubungkan ke telefon.

Untuk tujuan ini, Xiaomi menggunakan telefon siri Xiaomi 15 yang diubah-suai dengan ruangan sambungan magnetik di belakang. Seterusnya pengguna boleh mengambil lensa optikal dan menghubungkan secara magnetik.

Dengan langkah ini, pengguna akan mempunyai telefon dengan lensa kamera berkuasa, sekaligus membolehkan pelbagai rakaman yang menarik dihasilkan. Info teknikal lanjut masih belum dikongsikan lagi.

Xiaomi akan mempertontonkan rekaan konsep baharu ini pada acara MWC 2025 kelak, dimana kami akan mencuba dan berkongsi lanjut berkenaan dengannya.


Komen ()