Carian
Xiaomi Electric Scooter 5 Max Dilancarkan Dengan Motor 1000W Dan Jarak 60KM
March 2, 2025 Amy Maizuraa

Xiaomi baru sahaja melancarkan e-skuter terbarunya, Xiaomi Electric Scooter 5 Max di MWC 2025 di Barcelona. E-skuter baharu ini mempunyai motor 100W yang mampu mencapai kelajuan maksimum 20km/j. Dengan bateri disediakan, Electric Scooter 5 Max ini boleh dibawa sehingga 60 km dengan sekali cas. Reka bentuknya yang boleh dilipat dan badan yang diperbuat daripada keluli karbon menjadikannya mudah dibawa dan tahan lasak, selain itu mampu menampung berat sehingga 120 kg.

E-skuter ini juga dilengkapi dengan tayar tanpa tiub sebesar 10 inci dan Rear Dual-Spring Suspension System bagi memastikan perjalanan yang selesa. Selain itu mempunyai sistem kawalan cengkaman Traction Control System (TCS) terbina untuk meningkatkan kestabilan terutamanya di jalan basah.

Xiaomi Electric Scooter 5 Max turut mempunyai beberapa ciri-ciri tambahan yang menjadikannya lebih menarik. Antaranya seperti perlindungan IPX5 untuk tubuhnya dan IPX6 untuk pek bateri memastikan ketahanan dalam pelbagai keadaan cuaca. Selain itu, ia mempunyai lampu depan automatik dan lampu belakang merah untuk keselamatan tambahan semasa menunggang pada waktu malam. Xiaomi Electric Scooter 5 Max juga tersedia dalam warna hitam dengan harga bermula pada €599.99 (~RM2,776).

Komen