Honor MagicBook Pro 14 Diperkenalkan Dikuasakan Intel Core Ultra 9 Dan Bateri Selama 12 Jam
Aman
Bersempena dengan MWC 2025 yang berlangsung pada minggu ini, pihak Honor kini tidak ketinggalan dan mengumumkan beberapa produk baharu. Mendahului pengumuman berkenaan adalah pengenalan komputer riba terbaru mereka, Honor MagicBook Pro 14.

Ia dipasarkan sebagai komputer riba mercu keluaran Honor, dilengkapi dengan skrin 14-inci pada resolusi 3.1k, serta dikuasakan cip pemprosesan Intel Core Ultra 9 287H. Dengannya, pengguna boleh menikmati pelbagai kandungan multimedia termasuk permainan pada resolusi cantik dan lancar.
Honor mengatakan mereka turut mengintegrasikan sokongan AI dalam pelbagai pengoptimasian, membolehkan ia beroperasi lebih lama berbanding dengan MacBook Pro M4 yang terkini. Honor mengatakan model AI mereka mengenal-pasti senario penggunaan, dan seterusnya melakukan pengoptimasian pada sistem dan juga sumber perkakasan.


Honor MagicBook Pro 14 ini turut hadir dengan sokongan Honor Share yang memudahkan anda berkongsi fail dan dokumen, termasuk ke iPhone.
Buat masa ini, Honor masih belum mengumumkan harga jualan rasmi untuk komputer riba ini di Malaysia.