Carian
Honor Watch 5 Ultra Dilancarkan Dengan Tubuh Titanium Dan ECG
March 3, 2025 Amy Maizuraa

Honor Watch 5 Ultra telah dilancarkan semalam di MWC 2025 di Barcelona. Ia didatangkan dalam kerangka aloi titanium Gred 5, bersama bahagian belakang daripada bahan seramik dan komposit gentian polimer.

Ia juga mempunyai ciri ECG terbina untuk pemantauan yang lebih baik. Pada masa yang sama menawarkan lebih 100 mod sukan termasuk Free Diving Mode yang membolehkan jam tangan ini dibawa menyelam sehingga 40 meter.

Ia turut menampilkan skrin OLED bulat sebesar LTPO bulat sebesar 1.5-inci dengan resolusi 466 x 466 piksel bersama panel LTPO yang menyokong kadar segar semula 60Hz.

Dengan bateri disediakan, Honor Watch 5 Ultra boleh berfungsi sehingga 15 hari dan menyokong pengecasan nirwayar. Terdapat juga pembesar suara terbina yang membolehkan panggilan dibuat melalui jam tangan.

Keseluruhan tubuh pula berukuran 46.3mm dan setebal 11.4mm, pada masa yang sama boleh didapati dalam dua pilihan warna iaitu hitam dengan tali fluor elastomer dan coklat dengan tali kulit.

Komen