Carian
Apple Mungkin Perkenal MacBook Air M4 Seawal Minggu Ini
March 3, 2025 Aman

Apple kini dilaporkan mungkin memperkenalkan komputer riba terbaru mereka, MacBook Air dengan cip Apple M4, seawal minggu ini.

Dengan langkah ini, ia akan memperlihatkan MacBook yang bersaiz nipis dan ringan berkenaan menggunakan cip pemprosesan lebih kurang sama seperti MacBook Pro – sekaligus membolehkan lebih tugasan dilakukan dengan menggunakannya.

Beberapa desas-desus turut mengatakan pengguna mungkin menerima pilihan paparan dengan lapisan nanotexture, selain masa penggunaan bateri lebih lama menggunakannya.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pengumuman Apple, dan apakah penawaran baharu yang akan ditawarkan melalui komputer riba mereka ini.

Komen