Carian
Honor Pad V9 Dilengkapi Dengan Cip MediaTek Dimensity 8350 Elite Dan Skrin 144Hz
March 3, 2025 Amy Maizuraa

Honor Pad V9 turut diperkenalkan semalam di MWC 2025. Ia menawarkan skrin LCD sebesar 11.5-inci dengan resolusi 2.8K (2800 x 1840 piksel) dan kadar segar semula 144Hz. Ia juga dikuasai oleh cip MediaTek Dimensity 8350 Elite bersama perisian terkini MagicOS 9.0 (Android 15).

Di samping itu, tablet ini juga mempunyai lapan pembesar suara terbina untuk pengalaman audio lebih baik, berserta bateri besar 10,1000mAh. Binaan keseluruhan juga nipis dengan ketebalan 6.1mm bersama berat sekitar 475gram. Honor Pad V9 juga menyokong stylus dan papan kekunci untuk pengalaman penggunaan lebih produktif.

Komen