Carian
Aplikasi CIMB Clicks Akan Ditamatkan Sepenuhnya Pada 12 April 2025
March 3, 2025 Aman

CIMB kini memaklumkan mereka akan menamatkan sepenuhnya aplikasi CIMB Clicks pada 12 April 2025. Selepas tarikh tersebut, pengguna perlu menggunakan CIMB OCTO untuk tujuan perbankan sepenuhnya. Selari ke langkah berkenaan, CIMB turut akan menghentikan sokongan SecureTAC pada aplikasi CIMB Clicks berkuat-kuasa 16 Mac 2025, dan dipindahkan sepenuhnya ke CIMB OCTO.

CIMB sebelum ini telah mulakan proses peralihan ke CIMB OCTO secara berperingkat sejak tahun lepas, dan menamatkan ciri pada CIMB Clicks secara berperingkat. Malah, aplikasi CIMB Clicks tidak lagi ditawarkan untuk pemasangan baharu.

Bagi anda yang masih menggunakan aplikasi CIMB Clicks, mungkin sudah tiba masanya untuk menggunakan CIMB OCTO dalam memastikan urusan perbankan anda berjalan dengan lancar. Aplikasi CIMB OCTO boleh dimuat-turun melalui Google Play Store, Apple App Store dan juga Huawei AppGallery.

Komen