TECNO SpectraVision Camera Dilancarkan – Kamera 2MP Untuk Warna Lebih Jitu
Fahim Zahar
Sejak tahun lepas sudah dijangka yang peranti-peranti TECNO tahun 2025 akan memfokuskan kepada kemampuan fotografi. Mereka telah membangunkan banyak teknologi seperti AI, algoritma dan perisian untuk memastikan kamera mereka terbaik dan terbaru di MWC Barcelona 2025 adalah TECNO SpectraVision Camera.

TECNO SpectraVision Camera adalah sensor 2MP khusus untuk membantu pemprosesan imej untuk mendapatkan hasil warna yang lebih jitu. Sensor ini akan beroperasi secara masa nyata dan mampu melihat 9-saluran sensor spektrum, mempunyai algoritma spektrum warna tersendiri serta mampu mendapatkan spektrum cahaya dan warna dengan butiran lebih terperinci.

Dengan sensor sama, setiap hasil gambar dan video akan menawarkan kualiti terbaik. Ia akan memfokuskan kepada kemampuan memproses warna dengan jitu. Bukan itu sahaja, dengan sensor ini, teknologi TECNO Image Matrix iaitu ‘otak’ pemprosesan pengimejan yang dibangunkan sendiri. Dengan ‘otak’ inilah di mana perisian dan perkakasan bekerjasama mendapatkan hasil warna yang terbaik.
Warna bukan sahaja pada objek, haiwan atau pemandangan tetapi turut dapat memproses warna kulit manusia dengan tepat dan bersifat adil seperti tidak terlampau cerah atau tidak terlampau gelap. Terus ikuti laporan kami di Amanz untuk informasi lanjut mengenai TECNO di acara MWC Barcelona 2025.