Realme hari ini mencuri perhatian pada acara MWC 2025, dimana mereka memperlihatkan konsep lensa boleh-tukar untuk telefon pintar. Pada peranti prototaip yang diperlihatkan, ia menunjukkan sebuah bahagian lensa khusus pada telefon pintar, dengan sistem mengikat khusus.

Ini sekaligus membolehkan pengguna menghubungkan lensa berbeza berkualiti DSLR terus ke telefon pintar masing-masing. Realme mengatakan dua lensa disediakan, iaitu 73mm untuk potrait dan 234mm untuk telefoto.
Dengan penggunaan lensa boleh-tukar ini, pengguna boleh merakamkan gambar yang lebih cantik dan profesional menggunakannya. Buat masa ini, Realme memperlihatkan sebagai konsep sahaja, dan tidak diketahui sama ada akan dikomersilkan atau sebaliknya.
Selain Realme, sebelum ini Xiaomi turut memperlihatkan konsep penggunaan lensa tambahan yang dihubungkan ke telefon pintar secara magnetik.