Poco M7 5G telah dilancarkan secara rasmi di India pada hari ini. Ia dilengkapi skrin 6.88″ dengan kadar segar semula 120Hz dan kecerahan 600nits. Ini dipadankan dengan cip Snapdragon 4 Gen 2 bersama memori 6GB RAM. Peranti juga menjalankan Android 14 dengan perisian HyperOS untuk memastikan peranti di tahap terkini dengan kemaskini dan ciri baharu.

Xiaomi menjanjikan kemaskini Android selama dua tahun dan empat tahun tampalan sekuriti pada peranti. Bateri 5160mAh disediakan pula boleh dicas melalui pengecasan 18W. Selain itu dilengkapi kamera utama 50MP, swafoto sebesar 8MP dan penarafan IP52. Poco M7 5G dijual pada harga permulaan INR9,999 (~RM 510) dengan pilihan warna Ocean Blue, Mint Green dan Satin Black.
