Cari @ Amanz

Peringatan Ramadan : Berhati-Hati Dengan Waktu Solat Kurang Tepat Di Carian Google

Oleh Aman

Link Copied!

Bulan Ramadan kembali lagi, dan semestinya ramai yang melakukan carian berkenaan dengan waktu imsak dan berbuka, terutamanya menggunakan carian Google. Untuk makluman, terdapat beberapa data pada paparan waktu solat di carian Google yang kadang-kala tidak tepat.

Daripada perbandingan dengan penawran Jakim, ia dilihat data waktu solat yang diperlihatkan terus pada carian Google kadang-kala berbeza sekitar seminit dua berbanding waktu solat yang diterbitkan di laman E-Solat. Ada kalanya di beberapa kawasan ia lebih pantas, dan ada kalanya ia lebih lewat. Walaupun Google menyatakan sumbernya daripada Jakim, tidak diketahui mengapakah kesilapan paparan ini berlaku.

Paparan Waktu Solat di Carian Google
Waktu Solat Di E-Solat

Jadi, bagi anda yang ingin merujuk kepada waktu solat dan berkaitan dengannya, boleh merujuk ke laman rasmi seperti E-Solat yang diuruskan oleh Jakim – dan membuat semakan sekiranya menggunakan perkhidmatan pihak ketiga.


Komen ()