Tiga Didakwa Di Singapura Kerana Menyeludup Cip AI Ke China Menerusi Malaysia
Effi Saharudin
Pihak berkuasa Singapura mendakwa tiga individu yang dituduh menyeludup pelayar komputer yang mengandungi cip kecerdasan buatan (AI) NVIDIA ke China menerusi Malaysia. Yang didakwa termasuk seorang warga China menyeludup pelayar yang dipercayai kemudiannya digunakan oleh firma DeepSeek.

Pelayar yang diseludup dibekalkan oleh Dell Technologies dan Super Micro Computers dipercayai mengandungi cip NVIDIA yang diharamkan eksport masuk ke China oleh Amerika Syarikat. Semua suspek ditahan selepas pihak berkuasa Singapura menerima maklumat daripada sumber awanama yang mengatakan destinasi akhir pelayar bukanlah Malaysia seperti dalam dokumen tetapi sebenarnya China.
Kerajaan telahpun menafikan dakwaan cip diseludup menerusi Malaysia selepas Amerika Syarikat memulakan siasatan cip NVIDIA jatuh ke tangan DeepSeek untuk melatih model mereka pada Januari lalu. Cip perlu diseludup kerana halangan teknologi yang dikenakan oleh Amerika Syarikat ke atas China bagi mengelakkan ia digunakan bagi tujuan ketenteraan.
[sumber] Reuters [/sumber]