Vivo kini mengesahkan bahawa peranti terbarunya, V50 akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi. Peranti ini menarik perhatian dengan ciri-ciri utama yang mengekalkan DNA tersendiri vivo seperti reka bentuk nipis, warna yang menonjol, skrin besar dan sistem kamera ZEISS yang canggih. Menariknya, kamera ZEISS kini ditawarkan pada versi standard berbanding dengan siri sebelum ini yang hanya terdapat pada versi Pro.

Ditambah dengan pilihan warna yang lebih menyerlah, terutama Ancora Red yang menambahkan lagi daya tarikan. Terdapat juga dua pilihan warna lain yang tidak kalah menarik iaitu Satin Black dan Mist Purple. Spesifikasi, tarikh pelancaran dan harga jualan masih rasmi belum didedahkan. Namun, pra tempahan awal dibuka dengan deposit sebanyak RM5 beserta peluang untuk menerima hadiah bernilai hingga RM1464.