Tim Cook, CEO Apple kini melalui halaman sosial beliau menerbitkan sebuah video acah ringkas, mengatakan “There’s Something in the AIR” – sekaligus memberikan petanda yang mana Apple akan memperkenalkan MacBook Air baharu pada minggu ini.
Perkongsian ini hadir selari laporan sebelumnya mengatakan Apple akan memperkenalkan MacBook Air baharu seawal minggu ini. MacBook Air baharu ini dijangka akan hadir dengan cip Apple M4 baharu.
Selain itu, desas-desus sebelum ini mengatakan Apple turut sedang membangunkan iPad Air baharu. Tidak diketahui lagi sama ada kita turut akan melihat pengenalan iPad Air pada minggu ini, atau sebaliknya.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pengenalan produk baharu Apple “Air” ini pada minggu ini.