Hujung tahun lepas, telah kami laporkan yang Samsung telah dianugerahkan paten untuk sebuah peranti gaming iaitu, konsol mudah alih dengan skrin boleh-lipat. Ada perkara aneh berlaku pada konsol ini untuk melihat kawalan, iaitu kekunci anak panah di semua arah adalah berlubang.


Wakil Samsung di reruai tidak berkongsi banyak mengenai produk prototaip yang dipamerkan bersebelahan Steam Deck OLED. Kekunci berlubang itu paling ingin saya tahu, kerana sangat unik dan berbeza. Seperti biasa, ini adalah prototaip dan konsep sahaja. Malah unit yang dipamerkan hanyalah paparan semata.
Saya juga yakin yang konsol permainan mudah alih seperti ini tidak akan menjadi trend. Ini kerana, apabila ia dilipat, konsol ini menjadi semakin tebal dan sukar untuk disimpan.

Samsung tidak mendedahkan jika mereka sendiri akan hadir dengan konsol sendiri atau akan menjual skrin kepada pengeluar lain. Mana tahu suatu hari nanti Nintendo akan menawarkan sebuah konsol dengan konsep lebih kurang sama.