Telefon Lipat-Tiga Huawei Yang Seterusnya Dijangka Hadir Pada Pertengahan 2026
Aman
Huawei baru-baru ini telah memperkenalkan telefon lipat-tiga untuk pasaran tempatan, iaitu Mate XT dengan harga mencapai lima angka. Huawei dilihat menerajui arena peranti lipat-tiga pada hari ini berbanding pengeluar yang lain, dan turut hadir dengan antaramuka yang dioptimasikan untuk panel paparan berkenaan.

Terbaru, hadir desas-desus awal mengatakan Huawei menangguhkan sementara pembangunan telefon lipat-tiga generasi baharu. Ini mungkin dalam usaha untuk memberikan fokus pemasaran global, disamping mencari kaedah dalam hadir dengan inovasi baharu dan bukan sekadar kemaskini spesifikasi sahaja.
Ia dikatakan peranti lipat-tiga generasi kedua Huawei mungkin hadir sekitar pertengahan 2026 kelak. Peranti berkenaan juga dijangka menyertakan sokongan kamera lebih baik padanya.
Huawei Mate XT sebelum ini telah diperkenalkan di Malaysia pada pertengahan Februari 2025 lepas, pada harga RM14,999.