PRISM+ telah melancarkan dua produk baru di Malaysia. Pertama ialah PRISM+ Laguna Smart Ceiling Fans yang menggunakan teknologi canggih untuk meningkatkan keselesaan di rumah. Kipas lima bilah ini boleh disuaipadan dengan bilah dan gaya yang sesuai dengan hiasan rumah. Ia tersedia dalam tiga warna termasuk merah jambu, dan boleh dilengkapi dengan lampu tambahan untuk pencahayaan lebih baik.



Kipas ini boleh dikawal melalui aplikasi mudah alih yang menawarkan mod tidur untuk tidur yang nyenyak, mod semula jadi untuk aliran udara yang menenangkan, dan mod turbo untuk penyejukan cepat. Pengguna juga boleh menyesuaikan kelajuan, menetapkan kawalan masa serta mengintegrasikan ia dengan sistem rumah pintar untuk pengalaman yang lebih lengkap dan selesa.



Selain itu, kipas ini menggunakan teknologi yang cekap bagi membantu mengurangkan penggunaan elektrik dan menjimatkan kos. Kipas siling Laguna juga beroperasi dengan senyap, menjadikan suasana di rumah lebih tenang tanpa gangguan yang tidak diingini. PRISM+ juga menjanjikan waranti umum 2 tahun dan waranti motor selama 10 tahun.



Seterusnya, PRISM+ juga melancarkan siri peti sejuk PureFresh dengan beberapa model termasuk PRISM+ PureFresh SBS 720 dan PRISM+ PureFresh FDR 700, yang merupakan peti sejuk empat pintu dengan kebolehan penyejukan yang baik dan penjimatan tenaga.


PRISM+ PureFresh FDR 580 ialah peti sejuk satu pintu yang memudahkan penyimpanan makanan dan minuman, manakala PRISM+ PureFresh MB50/90 ialah peti sejuk mini yang sesuai untuk kegunaan di pejabat atau ruang kecil. Setiap model turut direka untuk memberikan prestasi penyejukan yang optimum, penjimatan tenaga yang tinggi, dan kemudahan penggunaan yang sepatutnya. PRISM+ juga menjanjikan waranti umum 2 tahun dan waranti motor selama 12 tahun.

Bagi yang berminat, anda boleh mendapatkan kipas siling dan peti sejuk ini melalui pengedar PRISM+ yang sah atau melalui laman web PRISM+. Harga jualan adalah seperti berikut:
- Kipas Siling Laguna (Standard): RM179
- Kipas Siling Laguna (Smart): RM279
- Lampu tambahan – RM40
- Bilah kayu – RM10
- PRISM+ PureFresh MB 50 (75ML): RM359
- PRISM+ PureFresh MB 50 (110ML): RM459
- PRISM+ PureFresh FDR 580: RM1999
- PRISM+ PureFresh SBS 720: RM2599
- PRISM+ PureFresh FDR 700: RM2599