Xiaomi sedia memperkenalkan kereta elektrik mereka di pasaran China sebelum ini, dan turut merancang untuk memperkenalkan model kenderaan kedua tidak lama lagi.
Tidak setakat itu, pada acara pelancaran MWC 2025, Xiaomi turut berkongsi mengatakan mereka menyasarkan untuk menawarkan kenderaan elektrik mereka untuk pasaran global dalam masa beberapa tahun lagi.

Di China sendiri, Xiaomi sedia mencuri perhatian ramai pengguna, dan telah mengeluarkan lebih 100,000 unit kenderaan setakat tahun lepas sahaja. Dengan penawaran lebih banyak model berbeza pada tanda harga berbeza, Xiaomi dijangka akan terus dapat meningkatkan pegangan pasaran mereka dalam arena automotif.
Bagi anda sendiri, adakah anda akan mendapatkan kenderaan berjenama Xiaomi apabila ditawarkan kelak?