Nubia telah melancarkan dua telefon baharu di MWC 2025, iaitu Nubia Neo 3 dan Neo 3 GT. Antara fungsi yang menarik perhatian ialah sistem pencahayaan RGB, butang bahu tersembunyi dan sistem penyejukan lebih baik.

Nubia Neo 3 GT hadir dengan panel OLED 6.8 inci FHD+ yang menyokong kadar segar semula 120Hz dan kecerahan puncak 1300 nits. Telefon ini dipadankan dengan cip Unisoc T9100, memori 8GB RAM, dan storan dalaman 256GB. Salah satu ciri menarik adalah AI NeoTurbo yang membantu mengoptimumkan sumber sistem untuk pengalaman permainan yang lancar, serta sistem penyejuk VC berukuran 4083mm² yang memastikan suhu peranti kekal rendah semasa penggunaan intensif. Telefon ini juga menawarkan butang bahu tersembunyi untuk kawalan tambahan semasa bermain permainan, dan bateri sebesar 6000mAh dengan pengecasan pantas 80W.

Manakala, Nubia Neo 3 dilengkapi dengan skrin LCD 6.8 inci yang turut menyokong kadar segar semula 120Hz dan kecerahan puncak 1000 nits. Telefon ini dikuasai oleh cip Unisoc T8300 dan dilengkapi dengan memori sebesar 8GB RAM. Selain itu, Nubia Neo 3 berkongsi beberapa ciri menarik yang menyerupai versi GT, termasuk enjin AI NeoTurbo dan butang bahu tersembunyi. Bateri telefon ini juga sebesar 6000mAh tetapi menyokong pengecasan pantas 33WButiran mengenai kamera masih dirahsiakan.